Keluarga Ban

Ahli bar 2



Hanya ada gambar keluarga Hamad dan Mazlan. Minta semua ahli hantar gambar terkini ke albalingi@hotmail.com

Daftar Nama Anda sekarang!


BORANG PENDAFTARAN ONLINE telah dimasukkan dalm blog ini. Adalah diharapkan semua sahabat2 Bar 2 dapat mengisi dan melengkapkannya. Borang ini penting untuk kita menjejaki semula semua sahabat2 dalam kelas Bar 2 dulu. mana tau kot2 ada rezki boleh anjurkan perjumpaan nanti...

Salam Ukhwah Salam Persahabatan!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tiba-tiba terdetik di hati untuk membina blog ini. Mungkin kerana tiba-tiba teringat kenangan manis semasa dalam pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) satu masa dulu. Teman-teman rapat Fatah,Shaqban, Hamad, Azizi, Eja, Jauzi, Adli, Hasnizam dan lain-lain sentiasa dalam ingatan. Hamad dan Ban, Orang kuat Bar 2 dulu sangat bersemangat menganjurkan pelbagai program untuk ahli. Cumanya...apakah rakan-rakan dalam Bar 2 masih ingat kita pernah mengimpikan agar satu perjumpaan dapat diadakan pada 2010?

Saya secara peribadi sangat teruja dengan program atau majlis seumpama itu kalau ianya betul-betul hendak dijayakan. Kerana pada masa ini saya juga sedang mengusahakan Hari Tautan Kasih untuk keluarga saya. Bila dah ada media interaksi yang lebih praktikal seperti blog dan emel semua urusan jadi mudah.

Atas dasar itulah saya cuba untuk meletakkan titik mula agar usaha kita selama ini dapat dijayakan. Sebagai kalam pemula, saya amat mengharapakan agar semua rakan-rakan dapat memberikan sokongan yang padu kepada blog ini. Segala cadangan dan pendapat adalah sangat dialu-alukan. Saya harap bukan saya seorang saja yang akan menjadi admin untuk blog ini.

Rasanya sejak terpisah masa hari konvo ogos 2004 dulu, kita belum pernah berjumpa. semuanya berselerakan di merata tempat. Ke yang dah jadi jutawan pun ada? Jadi YB ke? sapa tau...

Jadi...di sinilah segalanya kembali bermula...

Salam Ukhuwah,

Mazlan Bin Muhamad Yusof